Sejak akhir2 ni.. ada saja berita pasal pembuangan bayi....eh,kejam betul lah orang tu...!!!
Baru2 ni sia terbaca satu berita pasal pembuangan bayi lagi....adui,sedih sia bila terbayang nasib bayi tu bah.
Selama 9 bulan dia di kandung dlm perut, bila sampai tempoh bersalin tu terus kena buang begitu saja.
Kalau buang di tempat yg selamat ok juga...ini di tempat pembuangan sampah. Ada bayi tu lagi kena buang di sungai...adui...di mana bah sifat kemanusian dorang ni....!!!!
BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG lah bah.....
Sia sokong 100% dgn kerajaan iaitu menghukum gantung sampai mati kepada pesalah yg sanggup buang bayi hingga menyebabkan kematian.
Tengok lah bah berita di bawah ni.....bayi cukup sifat...cukup sempurna....tapi.......*sigh*
MELAKA: Polis menahan reman seorang pesakit wanita dan pasangannya bagi membantu siasatan berhubung kes pembuangan mayat seorang bayi lelaki berusia kira-kira lima bulan di kawasan Hospital Melaka (HM), awal pagi kelmarin.
KEJAM...mayat bayi ditemui dalam longgokan sampah di kawasan hospital. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata gadis berusia 20-an ditahan di wad hospital, manakala teman lelakinya juga berusia 20-an ditangkap di Batu Berendam, di sini.
Menurutnya, sebelum itu, seorang Pegawai Perubatan hospital berkenaan membuat laporan berhubung seorang pesakitnya yang juga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sedang dirawat di wad kecemasan didapati mempunyai tanda-tanda baru melahirkan anak.
Katanya, susulan laporan itu, pihaknya melakukan siasatan dari segenap aspek ke atas pesakit itu dan dia mengakui melahirkan bayi di dalam tandas di HM dan kemudian membuangnya di dalam tong sampah di wad kecemasan hospital itu.
“Siasatan juga menunjukkan bayi yang dipercayai dibuang itu sudah diambil tanpa disedari pihak bertanggungjawab menguruskan sampah. Kami percaya sampah itu kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah besar juga di kawasan hospital.
“Berikutan itu, kami melakukan pemeriksaan rapi dengan bantuan anggota forensik beberapa jam di sebuah tong sampah besar berkenaan, namun sehingga petang semalam (kelmarin) belum menjumpai mayat bayi itu,” katanya.
Difahamkan, anggota forensik sekali lagi melakukan pemeriksaan menyeluruh di sebuah lagi tong sampah di situ sebelum berjaya menemui mayat bayi kira-kira jam 1.50 tengah hari dalam keadaan amat menyayatkan hati di celah puluhan plastik sampah.
Mayat bayi terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat HM untuk bedah siasat.
Sementara itu, Mohd Adnan berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat sebelum memberikan ulasan lanjut berhubung identiti mayat bayi terbabit termasuk sama ada meninggal dunia ketika dilahirkan atau sebaliknya.
Katanya, kedua-dua pasangan berkenaan kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit.
itulah bah kesian btl kan..heran sy kenapa dorg ni tiada otak betul..kici2 xmau mati, sudah besar membunuh pula..ada yg di Kingfisher dulu tu kena buang hidup2..sekali nah itu anjing p gigit2 sudah..adui..set** betul dorg nih!
ReplyDeleteKenapa ada orang boleh buat begini ah?. Eeeee sekarang ni saya tengok my lil girl yang sedang tidur di sebelah saya ni. Eeeee tidak sanggup saya tengok tu gambar baby kena buang.
ReplyDeleteNANAK : ya kah, sampai tu anjing gigit2 tu baby....aduuuuiiii,sakit bah tu kan...!! Buduh punya manusia yg sanggup buat mcm ni...eh,geram sia oh..!!!
ReplyDeleteSJB : ya sue...sia pun imagine oh macam mana lah keadaan baby yg baru lahir trus kena buang begitu saja kan...padahal time kita lahir ni baby ...bukan senang2 kan..sakit bah tu...aduuii...kasian oh ni nasib baby,Harap tuhan bagi balasan yg setimpal ja sama org yg berdosa ni!