My Lovely Followers

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Budak China D langgar Van


Nah skrg ni lagi heboh pasal budak China kena langgar tu....ehhhhhh kesian betul tengok videoclip budak tu kena langgar. Dan ini cerita pasal budak China tu taken from my fren's FB.

Tau tak ? Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China?

Admin yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Jom kita baca...

"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...

Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?

PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni... Admin berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah ! JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri. Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~ So terjawab lah persoalan tao yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.


Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini..

Tuesday, October 18, 2011

Baby d kelar


Aduuuuuui..kalu pasal cerita baby kena dera atau bunuh ni yg bikin sia geram dengar...!!!!!! Nah baru2 ni cerita baby baru lahir kena kelar..... Gila kah suda manusia skrg ni....???!!!! Harap2 ibu baby ni dan lelaki yg tidak bertanggung jawab ni kena hukuman gantung.....!!!!!

Untuk yg belum tahu cerita pasal baby ni, nah baca lah berita d bawah ni....




BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek

Monday, October 10, 2011

Baby kena liwat

Bayangkan baby yg baru berusia 23 hari suda kena liwat oleh c bapa.....aduuuuuuuuui, punya geram baca berita ni.. kalau bole, mau d sepak2 'ANU' c bapa tu....gila punya org...!!!


GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.


“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

sumber Harian Metro...

Sunday, July 3, 2011

Hidup Kontang Kanting

hari ni sia ada terbaca berita metro pasal ada satu luahan c isteri pasal suami dia yg kaki pompuan and kisah hidup c isteri ni teruk betul bah...selalu kena pukul laki dgn teruk...!!!!

KUALA LUMPUR: Mereka bahagia pada awal perkahwinan, namun segala-galanya bertukar menjadi ‘neraka’ buat seorang wanita apabila suaminya bukan saja melanggan pelacur berdekatan sempadan Thailand di utara tanah air, malah menjalin hubungan serius dengan perempuan jalang itu.
Selepas hanyut dalam belaian pelacur, suami Norsiah Ramli, 33, berubah perwatakan menjadi kejam dan bacul.
Dia yang bertugas di utara bukan saja tergamak mendera Norsiah setiap kali pulang ke ibu kota, malah membiarkan wanita itu terkontang-kanting bersama dua anak yang masih kecil dengan hutang keliling pinggang, sedangkan dia leka berfoya-foya.
Hutang sewa rumah saja mencecah RM5,300 selepas lebih satu tahun tertunggak hingga premis milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mereka diami itu bila-bila masa saja akan ditarik balik.

Itu tidak termasuk tunggakan bil elektrik dan air, ada kala dia dan anak di rumah terpaksa bergelap dan terputus bekalan air kerana bil tidak berbayar sehingga tiga bulan.


Mengimbas kisah hidupnya, Norsiah berkata, dia mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada Ogos 2008. Sebagaimana pasangan lain yang baru melayari alam rumah tangga, semuanya bermula manis baginya dan suami.

Pun begitu, ia tidak lama. Suaminya yang juga anggota keselamatan dalam sebuah agensi kerajaan mula menunjukkan belang sebenar.
Daripada penyayang, suami Norsiah menjadi tidak berhati perut dengannya. Beberapa lama selepas melahirkan anak pertama, suaminya kerap memukul dan menderanya tanpa belas kasihan.
“Semuanya berubah selepas suami mula ‘menggatal’ dengan perempuan lain. Bila belangnya terbongkar, dia tidak dapat menerima hakikat dan saya dijadikan mangsa,” katanya.
Mei lalu, Norsiah bercerai dan tinggalkan suaminya. Ia juga bukan perceraian pertama bersama lelaki itu, sebelum ini mereka pernah bercerai namun rujuk semula.
Bagaimanapun, status perceraian itu masih tergantung kerana ia tidak laporkan secara sah kepada pihak berkuasa, sebaliknya hanya secara lisan.

Ikuti lanjut kisah duka Norsiah selama tiga tahun bergelar isteri yang dianggap umpama neraka dalam hidupnya.

Dari 2008 hingga 2009

“Pada awal perkahwinan, saya mengikuti suami yang bertugas di utara tanah air. Perkahwinan kami bermula bahagia, namun saya tidak nafikan terlalu banyak kesukaran yang kami terpaksa lalui berikutan halangan keluarga.
Semua itu tidak penting bagi saya, asalkan dapat mendampingi orang yang saya suka dan sayang. Namun, ia (perkahwinan) tidak seperti yang saya impikan.
Selepas anak pertama dilahirkan, saya bagaikan hidup dalam neraka. Saban hari ada saja yang tidak kena dan menjadi pertengkaran antara saya dan suami. Jika dia (suami) rasa tercabar sangat, mulalah dia memukul saya.
Kami mula bertengkar selepas mengetahui suami bermain kayu tiga. Saya dapat tahu suami melanggan pelacur berdekatan sempadan tanah air. Suami menafikannya, tetapi semua itu terbongkar daripada mulut rakannya.
Tidak lama selepas itu, saya dapat tahu dia mula menjalin hubungan dengan pelacur dari Siam. Hancur hati saya apabila dapat tahu suami menjalin hubungan serius dengan perempuan jalang.
Kami bergaduh teruk selepas itu, tapi apakan daya saya perempuan yang tidak mampu melawan apabila dipukul. Saya dipukul bukan saja dengan tangan dan kaki, malah diperlakukan seperti binatang.
Saya tidak dapat bertahan lagi selepas itu. Kemuncaknya, kami bercerai pada September 2009. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur (KL) dan tidak mahu bertemu suami lagi.
Namun, entah bagaimana selepas itu, hubungan kami bertaut kembali. Suami datang ke rumah di KL dan saya pula bagaikan cair dengan pujuk rayunya.
Kami rujuk semula hanya selepas lima hari bercerai. Mungkin kerana sayangkan dia, saya lupa diri dan sanggup mengikut telunjuk suami semula.”


Dari 2009 hingga 2010

“Selepas rujuk dengan suami, saya ingatkan dia akan berubah. Lebih-lebih lagi selepas saya melahirkan anak kedua.
Perangainya bertambah teruk, dia bukan saja masih memukul saya, bahkan berkelakuan ganjil. Isteri mana yang tidak syak jika suami berubah kelakuan, walaupun baru masuk dua tahun bersama, tetapi saya kenal kelakuan suami.
Suami boleh berubah angin bila-bila masa dan seperti biasa saya menjadi mangsa. Pernah sekali, saya membeli-belah bersamanya, entah bagaimana ‘mood’nya (angin) berubah dan memarahi saya. Ketika itu saya mengikut semula suami menetap di utara.
Dia tidak bercakap apa-apa, tiba-tiba saja saya ditinggalkan begitu saja. Masalahnya, rumah kami bukan dekat, satu jam setengah perjalanan baru sampai rumah.
Puas saya menghubungi (melalui telefon bimbit) tidak dijawab. Saya terpaksa meminta bantuan rakannya, tetapi itu pun tidak dilayan suami.
Mujur ada rakan mahu menumpangkan saya tinggal di rumah mereka malam itu, kalau tidak saya hilang arah dan tidak tahu hendak ke mana.
Sebenarnya, saya syak suami mengambil dadah. Mungkin dia menagih syabu, tetapi sukar pula saya hendak membuktikannya. Jika saya persoalkan, saya dipukul, terasa azab sungguh hidup saya.
Menjelang 2010 pula, sekali lagi suami buat hal dengan ‘betina’ lain. Kali ini bukan dengan pelacur, tetapi penuntut kolej swasta. Hubungan sulitnya sekali lagi menyebabkan pertengkaran antara saya dan suami.
Merajuk dengan kelakuan suami yang tidak mahu berubah-ubah, saya kembali semula ke rumah (di KL).
Pada awal Januari, saya dan suami bergaduh besar ketika dia datang ke KL bertemu saya. Saya dipukul dengan teruk masa itu lalu membuat laporan polis kerana tidak tahan lagi.
Bagaimanapun, saya tidak tahu mengapa selepas saya membuat laporan polis, tidak lama kemudian saya kembali bersamanya.
Hubungan kami kembali pulih, namun itupun tidak lama.”

2011

“Saya bagaikan terpukau dengan pujuk rayu suami. Entah mengapa, walaupun dilayan seperti binatang, saya masih ingin bersama suami yang dayus.
Mungkin memikirkan anak masih kecil, saya tidak mahu berpisah dengannya sekalipun tahu hidup saya akan menderita selagi bersamanya.
Pada Mac lalu, saya bersama suami berkunjung ke rumah seorang rakan di sekitar KL. Ketika saya menggunakan telefon bimbitnya untuk menghubungi rakan lain, tidak lama selepas itu saya menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada seorang wanita tidak dikenali.
Daripada lenggok bahasa (dari SMS itu), ia bukan SMS biasa. Saya marah dan tanya suami siapa wanita yang menghubunginya.
Akibatnya, saya dipukul di depan rakan. Dia menumbuk saya bertubi-tubi dan menendang saya tanpa belas kasihan.
Mulut saya cedera dan mata kiri saya lebam. Atas nasihat rakan, saya membuat laporan polis.
Tidak lama selepas itu, pada Mei lalu kami bergaduh besar. Cukuplah... ia adalah kemuncak selepas tiga tahun kami bersama.
Saya tidak dapat bertahan lagi, selain dipukul sehingga lebam di muka, tangan dan kaki, saya ditumbuk hingga gigi patah. Bayangkan, betapa seksanya saya masa itu.
Sekali lagi saya membuat laporan polis. Selepas pergaduhan itu, kami bercerai lagi dan kali ini saya nekad tidak mahu bersamanya lagi.
Sekarang saya sedar, hanya saya yang sayangkan suami. Buat apa saya teruskan hidup bersama orang yang bukan hendak membelai saya, sebaliknya hanya tahu memukul dan mencari perempuan lain.

Hidup saya kini bertambah sukar, saya terpaksa membesarkan anak dan tidak memiliki pekerjaan. Lebih memeningkan, sewa rumah yang saya duduki sekarang banyak tertunggak.
Suami tidak pernah membayarnya, dan tertunggak lebih satu tahun berjumlah lebih RM5,000. Itu tidak termasuk tunggakan bil air dan elektrik.
Terlalu sukar untuk meneruskan hidup tetapi saya reda, mungkin inilah dugaan hidup untuk saya.”

 
Mungkin ada hikmah d sebaliknya dan dah d takdir kan Tuhan ber-laki kan mcm ni.
 Kalau i lah ni c isteri, dari yg pertama lagi c laki buat silap tu, sudah i kasi tinggal oh...!!! Tapi i know b'coz of her trying to give him another chance kan...but sia2 saja....!! nasib baik skrg dah kasi tinggal lelaki gila tu forever...!!!! U berhak cari hidup baru....and u still have a long life to carry on....dont give up n there is a good man out there is waiting for u.....^^





Saturday, January 29, 2011

Bayi di tikam

Sedih betul sia baca harian metro ni...adakah c ibu sanggup tikam baby dia yg baru lahir..aduii..!!
Ada ibu yg susah mau mengandung..berabis mau ada anak...tapi ibu yg ada anak pula, tidak mau ada anak.. ish ish ish...apa suda jadi ni..!!!


SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini, semalam, memerintahkan wanita Myanmar yang didakwa membunuh bayinya yang baru dilahirkan dengan menikam bertubi-tubi di tandas rumahnya, Selasa lalu diperintahkan dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemerhatian selama sebulan.

Majistret Zilfinaz Abbas membuat perintah itu terhadap Nuraishah Abdullah, 23, selepas membenarkan permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Zara Aina Mohd Zawawi. Terdahulu, Nuraishah yang memegang status pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh anaknya di rumah bernombor 4, Lot 9902, Batu 4, Kampung Jawa, dekat sini kira-kira jam 9 pagi, Selasa lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Ketika dihadapkan, ibu muda itu yang masih dalam pantang kelihatan lemah hanya duduk dalam kandang tertuduh dan meminta penghawa dingin dimatikan seketika atas alasan tidak tahan sejuk.

Dia yang memakai baju-T dan kain batik dilihat termenung panjang dan sesekali mengalirkan air mata. Zilfinaz menetapkan 28 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menanti laporan perubatan. Rabu lalu, akhbar melaporkan seorang ibu tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang di Kampung Jawa, dekat sini.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.

Hasil siasatan, polis mendapati, wanita itu baru melahirkan bayi kira-kira jam 9 pagi pada hari sama. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.

Friday, October 15, 2010

Very Sad News..

Skrg ni d KK heboh pasal nurse yg hilang sejak hari Sabtu lalu lagi....
But, after 3 days baru jumpa nurse tu, but very2 sad lah.....!!!

Ini news tu...





May her soul Rest In Peace..Amen.




Harap dapat tangkap pembunuh tu as soon as possible, dan bagi hukuman gantung sampai mati terus.
Aaaaarrrrggggg....geram oh..!


Friday, August 20, 2010

Lagi2 kes buang bayi...


Sejak akhir2 ni.. ada saja berita pasal pembuangan bayi....eh,kejam betul lah orang tu...!!!
Baru2 ni sia terbaca satu berita pasal pembuangan bayi lagi....adui,sedih sia bila terbayang nasib bayi tu bah.
Selama 9 bulan dia di kandung dlm perut, bila sampai tempoh bersalin tu terus kena buang  begitu saja.
Kalau buang di tempat yg selamat ok juga...ini di tempat pembuangan sampah. Ada bayi tu lagi kena buang di sungai...adui...di mana bah sifat kemanusian dorang ni....!!!!

BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG lah bah.....

Sia sokong 100% dgn kerajaan iaitu menghukum gantung sampai mati kepada pesalah yg sanggup buang bayi hingga menyebabkan kematian.

Tengok lah bah berita di bawah ni.....bayi cukup sifat...cukup sempurna....tapi.......*sigh*






 MELAKA: Polis menahan reman seorang pesakit wanita dan pasangannya bagi membantu siasatan berhubung kes pembuangan mayat seorang bayi lelaki berusia kira-kira lima bulan di kawasan Hospital Melaka (HM), awal pagi kelmarin.

KEJAM...mayat bayi ditemui dalam longgokan sampah di kawasan hospital. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata gadis berusia 20-an ditahan di wad hospital, manakala teman lelakinya juga berusia 20-an ditangkap di Batu Berendam, di sini.

Menurutnya, sebelum itu, seorang Pegawai Perubatan hospital berkenaan membuat laporan berhubung seorang pesakitnya yang juga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sedang dirawat di wad kecemasan didapati mempunyai tanda-tanda baru melahirkan anak.

Katanya, susulan laporan itu, pihaknya melakukan siasatan dari segenap aspek ke atas pesakit itu dan dia mengakui melahirkan bayi di dalam tandas di HM dan kemudian membuangnya di dalam tong sampah di wad kecemasan hospital itu.

“Siasatan juga menunjukkan bayi yang dipercayai dibuang itu sudah diambil tanpa disedari pihak bertanggungjawab menguruskan sampah. Kami percaya sampah itu kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah besar juga di kawasan hospital.

“Berikutan itu, kami melakukan pemeriksaan rapi dengan bantuan anggota forensik beberapa jam di sebuah tong sampah besar berkenaan, namun sehingga petang semalam (kelmarin) belum menjumpai mayat bayi itu,” katanya.

Difahamkan, anggota forensik sekali lagi melakukan pemeriksaan menyeluruh di sebuah lagi tong sampah di situ sebelum berjaya menemui mayat bayi kira-kira jam 1.50 tengah hari dalam keadaan amat menyayatkan hati di celah puluhan plastik sampah.

Mayat bayi terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat HM untuk bedah siasat.

Sementara itu, Mohd Adnan berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat sebelum memberikan ulasan lanjut berhubung identiti mayat bayi terbabit termasuk sama ada meninggal dunia ketika dilahirkan atau sebaliknya.

Katanya, kedua-dua pasangan berkenaan kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit.



Friday, April 16, 2010

Bayi tercekik bebola ikan


Astaga, baby baru 9 bulan sudah kena kasih makan fish ball...!!
Nama ja baby sitter tapi tidak tahu apa menu yg sesuai untuk baby makan.
Baby baru 9 bulan masih lagi makan bubur bah....!!
Kasihan oh, gara2 tertelan fish ball ni baby mati tercekik......*sigh*....
Macam mana lah parents tu baby can face the fact huh...?

Ataupun if sia lah the parents, sia akan sediakan bubur untuk baby sia and suruh baby sitter tu kasih makan bubur yg sia sedia kan saja. Jangan kasih makan lain2 lagi.

Nah u see, kalau hantar anak pi nursery pun susah bah...kalau org lain jaga pun susah.....
better the mother kena berkorban lah jaga anak sendiri ni.....^_^


TAMPIN: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut dipercayai akibat tercekik bebola ikan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Jalan Cantik di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Wan Nur Alif Wan Arif Fadhla terpaksa dikejarkan ke Hospital Tampin kira-kira 50 meter dari taska itu untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Sumber berkata, mangsa yang juga anak bongsu daripada dua beradik dihantar ke taska berkenaan oleh ibunya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini, kira-kira jam 7.30 pagi untuk dijaga pengasuh berikutan ibu dan bapanya bekerja.

“Bayi itu tiba-tiba tercekik bebola ikan sebesar ibu jari yang dibelah dua menyebabkan dia terjatuh sejurus selepas itu. “Pengasuh yang menyedari kejadian itu membawa mangsa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, pihak berkuasa mengenal pasti bagaimana bayi itu boleh tercekik bebola ikan yang menjadi antara menu makanan pagi di taska itu, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, ketika ditemui di perkarangan Hospital Tampin, berkata dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi isterinya kira-kira jam 11.15 pagi memaklumkan kejadian menimpa bayi mereka.

“Saya terima panggilan daripada isteri (Nur Azita Ibrahim, 31,) memberitahu tubuh anak kami dalam keadaan kebiru-biruan dan sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. “Sebaik tiba, pihak hospital memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas akibat tercekik bebola ikan,” katanya kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Rembau itu.

Dia kesal dengan kecuaian pengasuh terbabit menyediakan sarapan bercampur bahan sebesar ibu jari dan diberikan kepada bayi sekecil anaknya.

Wednesday, April 7, 2010

Kasihan ni budak...

Adakah patut budak perempuan ni baru umur 11 tahun sudah bapa dia kasih kahwin...SOT butul oh!
Kasihan ni budak tidak tahu apa2 bah. Nah, skrg baru tahu c bapa ni mahu kena tangkap polis.
Bini dia pun mahu kasih cerai dia sudah.
Nasib baik sia dapat search news ni dlm berita wilayah.
Nah, baca lah for more details....^_^



PASIR MAS, 5 April (Bernama) -- "Saya anggap Sudin sudah mati," kata isteri pertama Shamsuddin Che Derahman atau Sudin Ajaib, lelaki tabligh berusia 41 tahun yang masih diburu polis kerana kesalahan mengahwini kanak-kanak bawah umur.
Rohana Ibrahim, 34, yang mempunyai empat anak, menyifatkan suaminya itu telah banyak memberi penderitaan kepada beliau sekeluarga.
"Tanpa kehadiran Sudin, kami kini dalam keadaan tenang," katanya kepada Bernama di sini.
Rohana berkata sudah hampir sebulan suaminya itu menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita.
"Saya dan anak-anak pun tidak mengharap dan saya sendiri sudah tawar hati padanya. Cukuplah, dia sudah banyak menyusahkan hidup kami anak beranak," katanya.
Rohana berkata anak-anaknya juga tidak bertanyakan bapa mereka malahan anak sulungnya, Siti Nur Nadhirah, 11, yang dinikahkan oleh Sudin dengan sahabat tablighnya, juga enggan menyebut dan bercakap apa-apa mengenai Sudin.
"Kami sekeluarga tidak mahu pun mencari Sudin, biarlah apa dia nak buat, sama ada dia hidup atau mati kami tidak mahu ambil peduli," katanya.
Ditanya apakah tindakan selanjutnya yang akan dilakukan terhadap Sudin kerana mengabaikan rumahtangga, Rohana berkata, beliau kini dalam proses membuat tuntutan sewajarnya mengikut undang-undang.
"Semuanya masih dalam proses dan diharap semuanya akan selesai secepat mungkin," katanya.
Beliau turut melahirkan kelegaan dengan penangkapan lelaki yang mengahwini anaknya.
"Syukurlah dia dah ditahan, kalau tidak dia dan Sudin mesti tidak akan berhenti menggunakan kanak-kanak menjadi mangsa. Sekurang-kurangnya bila dia ditahan, sekarang pihak polis boleh memberi tumpuan untuk mencari dan menahan Sudin pula," katanya.
Shamsuddin dilaporkan menikahkan anak perempuannya yang berumur 11 tahun dengan sahabatnya yang dikenali sebagai "Azhar" dalam sebuah kereta.
Shamsuddin sendiri telah menikahi seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun, Siti Nur Zubaidah Hussin, dan melarikan kanak-kanak itu.

Pada 12 Mac lalu kanak-kanak itu ditemui apabila ditinggalkan Sudin di sebuah surau di Batu Caves, Selangor.Polis yang melancarkan gerakan memburu kedua-dua lelaki itu berjaya menahan "Azhar" pada 23 Mac lalu manakala Sudin belum dapat dijejaki.
Ibu Siti Nur Zubaidah Hussin, Siti Sarnan Mat Ail, 42, berkata anaknya kini semakin pulih daripada trauma dan sudah mampu menjalani kehidupan sebagaimana kanak-kanak lain.
"Sekarang ini dia pun semakin gembira dan dapat belajar dengan baik," katanya.
Siti Nur Zubaidah kini masih berada dalam jagaan seorang bapa saudaranya.



-- BERNAMA

Thursday, March 11, 2010

Ada2 saja...!

Sedih sia tengok news tadi tengahari pasal baby kena culik..! Lagi2 pasal baby...*sigh*...
Ini c ibu merayu minta baby dia di pulangkan. Baby tu baru 18 mths and breastfeed lagi.

Ini incident happened somewhere in KL but sometimes in January'10 and itu kes belum selesai lagi until NOW..!

Apa yg sia tahu pasal cerita tu tadi ialah macam ni, c ibu ni pergi SHELL isi minyak kereta sambil dukung tu baby coz tak kan dia mahu kasih tinggal tu baby dalam kereta kan. So, after dia sudah bayar di kaunter and mahu pergi kereta sudah, tiba2 ada 2 org lelaki datang then terus rebut dan tarik ni baby masuk dalam kereta..alala...! But c ibu sempat juga pertahan kan baby dia sambil dia peluk kuat2 tu baby but terlepas juga...kasihan oh sia tinguk tadi...! Menangis betul c ibu...!
Nasib ada CCTV tadi boleh nampak tu kejadian berlaku, memang kejadian tu macam sepintas kilat ja bah...sekejap saja terus tu baby hilang dari pandangan. Aduh....sia boleh imagine perasaan ni ibu skrg...sia pun ter ikut menangis oh dengar dia merayu di TV meminta baby dia di pulangkan. Begini tu ibu cakap..."Tolong lah kembali kan anak saya, anak saya tu masih kecil dan masih menyusu badan... saya merayu tolong lah kembali kan anak saya...ini semua demi masa depan anak saya...tolong bagi dia peluang untuk hidup dengan aman..." something like that lah...sambil menangis2 c ibu....sia pun teresak2 juga menangis tadi....:(

Kalau lah saya boleh jadi superwomen, saya cari itu penculik skrg juga......(alamak, jauh sudah imaginasi saya ni ...)

Polis masih lagi siasat kes ni dan kemungkinan ini ada kena mengena dengan 'perdagangan anak'. Aiyah,ada2 saja sekarang ni kan...! Bikin takut oh..! Kasihan tu baby ! Macam mana lah keadaan tu baby skrg...macam mana lah dia mahu nenen tu coz ni baby breastfeed kan......Harap2 ni baby tiada apa2 kan....Dan harap org yg bakal jaga ni baby boleh jaga dia dgn baik... jangan lah ada dera2 lagi...

Eh, SIALAN punya penculik...! Tuhan tetap akan balas melipat kali ganda dengan dosa yg dorang buat tu...! eh...geraaaaaaaaaamm oh...!!

*


*


*


*


*
Cute oh ni baby.....terus sejuk hati sia nampak bah...^_^









































































Sia ada impian dari duLuuuuuuuuuuu lagi bah..... mahu dapat ni....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

BabyTwins...*wink wink*...
Hopefully this time i dapat baby boy's...


















Amen...^_^

Thursday, February 18, 2010

Bakar bayi dalam tong sampah

Bagi saya, anak itu suatu anugerah pemberian dari Tuhan dan anak yg kita lahir itu lah yg bakal meneruskan generasi kita....!!
Ada yg mahu anak tapi susah pula mahu dapat anak...Ada yg senang2 ja dapat anak, tapi tidak pula pandai menghargai pemberian Tuhan, malah ada yg sanggup buang baby, liwat baby dan yg terbaru ni pula ada yg bakar baby....OMG!!! Geram bila dengar berita pasal anak2 kena buat macam ni.... apa sudah jadi dengan dunia skrg !!!

This news i get it from Berita Harian Metro few days ago....

KUALA KRAI: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru lahir bukan saja dibuang ke dalam tong sampah, malah mayatnya dibakar sehingga melecur seluruh tubuh.

Bayi malang itu ditemui tiga sekawan yang juga pekerja kontrak pengangkut sampah Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), kira-kira jam 10 pagi semalam.

Mayat bayi itu tergolek keluar dalam longgokan sampah sarap ketika seorang daripada pekerja mengheret tong sampah plastik itu di Jalan Zainal Abidin, di sini.

Pekerja kontrak terbabit, Abdul Rahman Husin, 29, berkata dia tidak menyangka tindakannya mengheret tong sampah menjadi punca penemuan mayat bayi itu.

“Kami bertiga melakukan rutin biasa mengangkut sampah di Jalan Zainal Abidin. Mulanya saya tidak perasan kewujudan mayat bayi itu di dalam tong sampah terbabit.

“Namun, sebaik mengheret tong sampah itu untuk memudahkan sampah dimasukkan ke dalam lori, tiba-tiba satu objek tergolek. Kami terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Dia segera mendapatkan bantuan polis peronda yang kebetulan tidak jauh dari situ.

“Saya memaklumkan penemuan bayi itu yang masih bertali pusat, berkulit cerah dan kaki terputus daripada badan. Beberapa anggota dari Unit Forensik kemudian datang untuk membuat pemeriksaan,” katanya.

Abdul Rahman tidak menolak kejadian berlaku malam kelmarin berikutan seorang rakan memberitahunya, tong sampah berkenaan masih dalam keadaan baik Khamis lalu.

“Saya geram dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang sanggup membuang bayi yang cukup sifatnya. Lepas itu, dia dibakar pula,” katanya.

Tinjauan Metro Ahad di kawasan terbabit mendapati, orang ramai mengerumuni kawasan timbunan sampah berkenaan selepas mengetahui penemuan mayat bayi itu.

Anggota polis memasang tali penghalang untuk membolehkan kerja-kerja pemeriksaan ke atas mayat dilakukan dengan teliti tanpa gangguan.

Malah, beberapa anggota polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dilihat sibuk melakukan siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Rahim Ghani, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi itu.

Katanya, aduan diterima daripada seorang kakitangan MDKK yang menjalankan kerja mengangkut sampah di kawasan terbabit.

“Kita tidak tahu punca sebenar kematian bayi itu sama ada dia meninggal dunia kerana terbakar atau dibunuh terlebih dulu sebelum mayatnya dibuang ke dalam tong.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dan menyebabkan kematian,” katanya.
Related Posts with Thumbnails
Bye Myspace Comments