My Lovely Followers

Saturday, March 6, 2010

Cemburu Tiada Anak


Tadi sya tinguk berita TV1. Tiba2 keluar ni news pasal 'Cemburu Tiada Anak'. Nampak kah gambar budak di sebelah kiri tu, kasihan oh dia kena dera oleh jiran rumah. Budak ni baru 18 bulan. Ibu bapa ni budak minta jaga sekejap saja sama jiran dorang ni coz ada hal peribadi mau urus, sekali tu budak kena dera lah pula oleh c jiran gara2 cemburu tiada anak...! Imagine bah ni budak kena pijak sampai mati. 6 tulang rusuk dia patah. Eh, kasihan oh...! Suka2 saja c jiran ni kasih mati anak orang bah...! GILA butul...!! Pas tu c jiran bawa juga ni budak pi klinik kunun ni budak tertelan gula2...adakah...! Nasib baik tu doctor perasan yg ni budak mati kena dera teruk...! Ada juga manusia teruk macam ni oh...! Sya betul2 touching tinguk ni news tadi... Nasib baik sya dapat search berita pasal ni, di Harian Metro untuk kamu baca news ni.


PETALING JAYA: Cemburu melihat kebahagiaan keluarga jirannya yang mempunyai anak, seorang kelindan lori dipercayai bertindak di luar batasan apabila tergamak mendera dengan memijak anak tetangganya itu sehingga mati akibat kecederaan dalaman yang serius.

Malah, selepas menyedari kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa, suspek segera membawanya ke klinik dan cuba menyembunyikan perbuatannya dengan mendakwa mangsa mati kerana tercekik gula-gula.

Bapa mangsa, S Karigalan, 42, berkata dia tidak menyangka jirannya itu boleh bertindak keji dan tidak berperikemanusiaan hanya kerana cemburu kebahagiaan keluarganya.

“Hanya kira-kira enam bulan saya dan keluarga mengenalinya (suspek) dan tidak menyangka dia tergamak memperlakukan anak pertama saya sedemikian rupa,” katanya menceritakan insiden tragis menimpa anaknya yang berusia 18 bulan itu.
Ibu mangsa, K Thilagawathy, 23, yang ditemui di rumahnya di Pangsapuri Damansara Bistari, SS 2/72, dekat sini, masih trauma dan lebih banyak mendiamkan diri selain tidak bermaya.

Harian Metro difahamkan, suspek diminta ibu mangsa untuk menjaga anaknya sebentar sementara dia dan suami menyelesaikan urusan peribadi dan tidak menyangka tragedi berkenaan boleh berlaku.

Lelaki terbabit yang berusia 33 tahun dipercayai cemburu melihat pasangan jirannya yang mempunyai dua anak sedangkan dia dan pasangannya yang mendirikan rumah tangga sekian lama belum mempunyai anak.

Dalam kejadian jam 10 hingga 12 malam kelmarin, mangsa, K Hareswara, menemui ajal selepas dipercayai didera suspek ketika dibawa bersiar-siar di sebuah taman permainan kanak-kanak berhampiran pangsapuri berkenaan.

Pada mulanya, lelaki terbabit mendakwa kanak-kanak itu menjadi lemah selepas memakan gula-gula yang diberikannya, namun selepas pemeriksaan rapi dijalankan, doktor menemui beberapa kesan lebam pada badan mangsa selain kecederaan dalaman yang serius.

Doktor yang sangsi dengan hasil pemeriksaan itu segera menghubungi polis sebelum suspek ditahan kerana disyaki mendera mangsa sehingga mati.

Sementara itu, datuk mangsa, A Krishnamoorthy, 50, turut sugul mengenangkan kejadian yang menimpa cucu kesayangannya, namun menerimanya dengan tabah.

“Dia (Hareswara) seorang kanak-kanak yang periang, malah sudah pandai menyebut nama ibunya selain gemar melakar abjad tertentu jika diberikan pensel dan kertas.

“Kini segalanya sudah berubah, malah hanya tinggal adiknya yang berusia empat bulan menemani kami sekeluarga,” katanya.

Krishnamoorthy yang kesal dengan kejadian itu meminta pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal terhadap suspek yang menyebabkan kematian cucunya itu.

“Saya nasihatkan orang ramai jangan terlalu mempercayai orang lain dan membenarkan mereka menjaga anak-anak yang masih kecil bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Biar kejadian ini menjadi pengajaran kepada masyarakat,” katanya.


NOTE : Mimang butul tu, pangajaran sama ibu bapa juga, jangan sembarang suruh org lain jaga anak kita yg masih kecil bah...!! Eh, kalau sya tu, biar lah di mana saja kami pergi mesti bawa ni anak2, yg penting sendiri yg jaga...!!

7 comments:

  1. lapas baca post ari ni ... macam sia jadi takut sama spesis manusia oh ... kita inda tau apa yang ada di kepala durang ...

    masa anak-anak sia kicik lagi ni la masalah kami, siapa mau tulung jaga, dua-dua kami karaja (syukur sia dapat bini karaja kalu inda matai sia mau bayar bil saturang)

    dulu-dulu sia banyak terima email pasal masalah urang gaji yang jahat ... trus kana ingat apa la nasip anak sia tu kana jga bagus-bagus ka durang tu, kana kasi makan ka durang tu macam-macam dalam kapala.

    ReplyDelete
  2. OMG....terus oh kan. Kenapa lah ada juga orang yang boleh buat begitu tu. Harap tu orang kena gantung oh. Bodoh punya orang.

    ReplyDelete
  3. Eeeeh!!! Sedih sia baca!!! Gila punya manusia! Orang begini pun ada juga di dunia!
    This is another reason why I gave up my job to be a stay at home mum sebab sia tidak trust orang jaga anak sia. Kerja buli cari lagi bah tu nanti, sia concentrate dulukasi besar anak-anak sia ni.
    By the way, Shirley, hop over to my blog. Sia ada guest blogger bah ni minggu, and she's sharing her post with us. Siok ada kawan baru..heheh.
    Bah, hope your weekend has been good so far, Sia call my mum bisuk sia mau cerita pasal your mum dulu. Misti dia terkejut...hehehe.

    ReplyDelete
  4. This is insane!

    Susah hati terus ni kalau mau suruh urang lain jaga anak kan.. Orang yang kita kenal 6 bulan pun sanggup buat gitu.. Kesian tu budak nih..

    ReplyDelete
  5. apalah punya pikiran org yg sanggup buat mcm tu kan?..teringat ba sm anak kazen sy yg mati kena dera juga..sial btl tu maid..

    ReplyDelete
  6. astagaaaaaaaaaa sherrrr.... kitaiiii betul tu org yg cemburu tu... hantu barang kali dia tu ohhh... nah nah nah sia bilang kau.... benciii sia oh...

    Ini tuan punya pun anak pun 1... kaish suruh org lain jaga!!! saya tidak pernah percaya org lain mau jaga anak saya oh kecuali keluarga sendiri... (Keluarga pun,...adik beradik atau mama bapa)...saudara pun sia nda sanggup kasih jaga oh...

    apa lagi amah... sebab tu saya tiada amah...

    patah hati saya lah nampak ni news....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Bye Myspace Comments