My Lovely Followers

Friday, April 16, 2010

Bayi tercekik bebola ikan


Astaga, baby baru 9 bulan sudah kena kasih makan fish ball...!!
Nama ja baby sitter tapi tidak tahu apa menu yg sesuai untuk baby makan.
Baby baru 9 bulan masih lagi makan bubur bah....!!
Kasihan oh, gara2 tertelan fish ball ni baby mati tercekik......*sigh*....
Macam mana lah parents tu baby can face the fact huh...?

Ataupun if sia lah the parents, sia akan sediakan bubur untuk baby sia and suruh baby sitter tu kasih makan bubur yg sia sedia kan saja. Jangan kasih makan lain2 lagi.

Nah u see, kalau hantar anak pi nursery pun susah bah...kalau org lain jaga pun susah.....
better the mother kena berkorban lah jaga anak sendiri ni.....^_^


TAMPIN: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut dipercayai akibat tercekik bebola ikan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Jalan Cantik di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Wan Nur Alif Wan Arif Fadhla terpaksa dikejarkan ke Hospital Tampin kira-kira 50 meter dari taska itu untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Sumber berkata, mangsa yang juga anak bongsu daripada dua beradik dihantar ke taska berkenaan oleh ibunya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini, kira-kira jam 7.30 pagi untuk dijaga pengasuh berikutan ibu dan bapanya bekerja.

“Bayi itu tiba-tiba tercekik bebola ikan sebesar ibu jari yang dibelah dua menyebabkan dia terjatuh sejurus selepas itu. “Pengasuh yang menyedari kejadian itu membawa mangsa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, pihak berkuasa mengenal pasti bagaimana bayi itu boleh tercekik bebola ikan yang menjadi antara menu makanan pagi di taska itu, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, ketika ditemui di perkarangan Hospital Tampin, berkata dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi isterinya kira-kira jam 11.15 pagi memaklumkan kejadian menimpa bayi mereka.

“Saya terima panggilan daripada isteri (Nur Azita Ibrahim, 31,) memberitahu tubuh anak kami dalam keadaan kebiru-biruan dan sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. “Sebaik tiba, pihak hospital memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas akibat tercekik bebola ikan,” katanya kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Rembau itu.

Dia kesal dengan kecuaian pengasuh terbabit menyediakan sarapan bercampur bahan sebesar ibu jari dan diberikan kepada bayi sekecil anaknya.

1 comment:

  1. Ampun...kesian oh. Tapi kadang baby ni kan ada susah sikit bah juga. Tidak boleh kasih biar, coz apa saja dorang nampak terus masuk mulut. Tengok baby saya ni. Nah tu lah apa saja tu terus masuk mulut. Takut juga oh. Sian ni baby, bodoh juga tu orang. Adakah kasih tu baby fish ball, bodoh betul.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Bye Myspace Comments